Friday 8 July 2011

Beginikah Manusia Pada Zaman Sekarang?

Dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa. Sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..." 9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia. Oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia. Sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya. Tapi takper la penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak. Saya percaya itu. Hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perotnya. Saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi. Semalam ibu sakit perot.


Ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perot segala..." tapi apa kan daya mulut saya belom terbentuk sempurna. Tapi kan saya sungguh pelik. Kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung? tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut. Oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perot agaknya...
Malam nih ibu tidor lewat. Ibu tunggu ayah barangkali. Mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan? sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam. Ibu..... saya sejuklah. Tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah. Takper, saya rela bersejuk. Sampai 2pagi baru ayah datang. Dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.
Kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perot, mana boleh ngorat. Tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah. Bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise. Romantiknya ibu ayah saya!! mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.
Tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
cCuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perot ibu. bergegar saya dalam perot ibu.
apa nih ayah, saya sakit lah. Belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.
saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat. tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham.... then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.
Ayah tolak. Aik takkan dorang nak beromantik kat sini kot? ganasnya ibu ayah saya. Tiba-tiba ayah pijak perot ibu. Adoi sakitnya saya!
Ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. Jom lah kita kawin..." ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
Yer la saya pening di sepak terajang. tapi kenapa ayah buat saya macam nih?
Kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?
Kenapa...................
Lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi. Ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek. Ibu duduk dengan kawan dia. Aunty Mira kot nama dia.
Saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas. Saya sakit tau bila ibu minum air nenas? tapi... ibu sayang saya. Jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.
Tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis. Pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis. Saya tak paham lah kenapa. Kenapa yer korang?
Makin lama, saya makin besar. Ibu dah tak penah keluar rumah.
Yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat. Jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidor.
Saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis. Mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!
Nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu.. Oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang. Dia tengok ibu. Dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia. Ohh rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh. Mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu. Sukanya saya.
Saya ingat ayah benci saya tadi. Ayah nih pandai bergurau lah. Tapi ayah tak duduk lama pun. Ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.
Ayah tak pegang pon saya. Mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.
Tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe. Dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat. Saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perot ibu.
Saya rasa saya nak keluar. Saya dah hint ibu banyak kali dah.
Saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil? Kenapa ibu tak pergi hospital pon? IBU, SAYA NAK KELUAR NIH..... ibu mengerang dan meneran kuat.
Saya nampak aunty Mira duduk tepi katil dan biar ibu teros meneran dan keluarkan saya. Aunty Mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..." dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.
Kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan? maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu. Saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik. Itu janji saya pada ibu.... dan ayah. Aunty Mira letakkan saya dalam kain batik. Ape la aunty nih mandi kan la saya. Tak seronok lah ada darah-darah nih. Karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya. Ibu dah la tengah terbaring sakit.
Wah indah nya dunia. Ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga. Akhirnya saya terkeluar juga. nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas. Tiba-tiba ayah datang. Ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..." ibu tersenyum dalam sakit. Ayah angkat saya laju-laju . Rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe. Ayah bawak saya keluar rumah.
Ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak. AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU. dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor. Tapi ruang yang terbuka cuma kecil. Ayah tutup saya dengan beg kerjanya. Sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan. Saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok. Tak sabarnya di pelok, di cium.... dan ayah berenti di satu rumah flat. Mungkin nenek dan atok saya duduk sini. Ayah bawak saya naik atas, guna tangga. Kenapa tak guna lif ayah? Saya kan berat kesian ayah. Nanti saya balas jasa ayah yer. Sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga. Sunyi tempat tu.
Mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi. Ayah ni kan...... ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi. Ayah ikat semua sekali. Sampai saya tak punya ruang bernafas.
AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELOM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELOM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELOM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELOM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
AYAH...................
Dan saya rasa saya tercampak jauh..
Berlegar-legar sebentar sebelum teros jatuh mencium tanah.
Sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok. dan sampai ke tanah............. Mungkin saya di takdirkan untuk hidop hanya setakat ini. tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing. Kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.
OH AYAH KU.......
TAPI.............
APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIODP MELIHAT DUNIA?
BERTAPA INGIN SAYA HIDOP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?
BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDOP BAHAGIA?
AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!
SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.
SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDOP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...

Sunday 29 May 2011

punca hati tak bahagia

Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati. 


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 




1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..) 


2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..) 


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..) 


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) 


** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. 


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah,dlm semak ada duri,ayam kuning buat sarang,org tamak selalu rugi,cam anjing ngan bayang-banayng 


** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 


6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..) 


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.(yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut 


8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada(harta,ilmu amal dll) 


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah 


** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 




Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian 


Nota: ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Tuesday 17 May 2011

saya suka tengok...

saya suka tengok jari awek saya...cantik betul..
sungguh! sampai takut nak pegang...bukan takut
patah... tapi takut nanti jari kitorang tak boleh
tolong each other di satu hari yang giler forever
depan yang maha Esa...

saya suka tengok rambut awek saya...cantik
betol... sungguh! sebab tu saya belikan tudung...
bukan sebab jeles orang lain tgk jugak.... tapi
sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia
sampai bila2... takut nanti terbakar dek api
neraka di suatu hari yang giler forever

saya suka tgk body awek saya...cantik betol...
sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong
supaya mase die dating dengan Kekasih die
Yang Utama dia lagi cantik dan berseri
menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala.
pheh syoknye...

saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan
rindu kat saya... saya pun macam tu jugak,ada
problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?
saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
semoga lebih cintakanNya dari saya...

saya sedih tengok awek saya selalu pesan
macam2 kat saya.. "makan, minum, drive elok2
tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla
bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2 burn
asar maghrib gitu aje die tak kata satu aper pun..
berdosanye saya....

Kiamat

Kiamat Suatu Yang Pasti
Kiamat Satu Pengakhiran


Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya zaman ini terbahagi kepada 4 fasa semasa zaman umat Nabi Muhamad sebelum berlakunya kiamat...


1. Mengikut Rasulullah, fasa 1 bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup..Zaman ini telah berlalu


2. Kemudian datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian, pada zaman ini kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh orang Khulafa Ar Rashidin..Zaman ini juga telah berlalu


3. Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang "menggigit" .."menggigit" dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan pada keturunan mereka sahaja..Pada fasa ini kita dapat lihat kerajaan Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniah berkuasa dengan menggunakan sistem monarki..Ini juga telah berlalu


4. Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela...


5. Kemudian, setelah berlakunya fasa ke 4 akan datang pula fasa ke 5..Iaitu dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam..


Selepas berakhirnya fasa ke 5 maka berlakulah Kiamat yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umatnya...


Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa 4 yakni sekarang ini akan kedatangan satu FITNAH, fitnah yang paling besar dalam ketamadunan manusia iaitu fitnah Al-Masih Ad-Dajjal..


Dajjal tidak akan datang pada fasa ke 5 kerana pada ketika itu kekuasaan telah berada pada tangan2 orang yang beriman, Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana pada ketika itu tamadun manusia telah tamat..


Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis laknatullah mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa ke 4 itu adalah zaman SEKARANG!!!


Sebelum turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa ke 5, seterusnya mengalahkan iblis di peringkat terakhir zaman manusia..




Tanda-tanda Kiamat (kecil)


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).


2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.


3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.


4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.


5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.


6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.


7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.


8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.


9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.


10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.


11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).


12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.


13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.


14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.


15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,


16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.


17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.


18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.


19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.


20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.


21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).


22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah. 


23. Keluarnya dajjal


Dan tanda tanda besarnya pula ialah...


* Asap,
* Dajjal,
* Binatang,
* terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
* turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
* Yakjuj dan Makjuj,
* tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
* sekali di barat dan
* yang ketiga di Semenanjung Arab
* yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.


Sabda Rasulullah,


"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarm

Tangisan Seorang Rasul

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. & kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan..


.maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda: - 


1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.


2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan sgla yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya. 


3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. 


4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. 


5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya. 


6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka. 


7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri. 


8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra. 


9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & keldai yg mendapat berjuta jenis siksaan. 


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -


1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki. 


2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata 


3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya. 


4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya. 


5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas. 
6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.


7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya. 


8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib. 


9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.


10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya. 


Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka: - 


1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya. 


2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang. 


Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.


Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah. 


Nauzubillahi min zalik. 
Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN. 


Menangislah wahai wanita ,spt remuk nya hati seorang Nabiullahh…yg bimbangkn umatnya…rendahkn hati mu dimlm hari ,di hadapan Allah berkasih sayang la sesama manusia dlm mendukung syariat Nya…

Indahnya Couple setelah Bernikah...

Bismillah..




Fitrah insani mahukan teman hidup..




Demikian juga gadis itu, yang meniti hari-harinya dengan doa pengharapan kepada-Nya agar dipertemukan dengan belahan jiwanya. Namun bukanlah dengan tindakan berCOUPLE seperti pemuda pemudi akhir zaman ini lakukan!. Cukuplah dengan dialog kepada Tuhan yang Maha Pendengar, agar dikurniakan suami buatnya sebagai pendamping hidupnya.. Seorang suami yang penyayang, mencintai dan menyayanginya kerana Allah.




Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Tahu. Dia telah mengurniakan belahan jiwa sesuai dengan masa dalam maklum-Nya yang kita hamba-Nya tidak tahu. Sungguh pengetahuan kita sangat-sangat terbatas. Allahu akbar.




Tangan yang sering dijaga daripada 'berpegangan tangan' semasa bujangnya, kini dipegang erat oleh insan bernama suami, HALAL lagi BARAKAH! Alhamdulillah. Terasa nikmatnya. Masya'Allah.. ^^




Bicara yang sering tegas semasa bujangnya terhadap insan bernama 'LELAKI', kini sering menuturkan bait-bait indah CINTA kepada lelaki yang bernama suami, hanya dia yang HALAL bagi dirinya. Subhanallah indah dan nikmatnya, Alhamdulillah.. Terasa cinta milik diri, syukran ya Allah.. ^^




Bibir dan hidung yang dulunya dijaga hingga sengaja diSUNYIkan dengan cumbu-cumbuan demi hanya untuk yang HALAL baginya. Kini alhamdulillah bibir dan hidung itu tidak lagi sunyi kerana Allah telah anugerahkan tempat untuk ditumpahkan kasih, cumbu-cumbuan sebagai wadah hangat penguat cinta suami isteri, indah! alhamdulillah.. ^^




Fitrah insani yang mahu dibelai dan disantuni dengan lembut, membuak-buak kemahuan itu. Namun diTAHAN kerana TAAT kpd syariat-Nya. JAGA diri! belum masanya! nah kini sudah masanya, Allah telah kurniakan pasangan setelah NIKAH sebagai DASAR IKATAN.. Maka belaian sering didapatkan sebagai tanda kasih dan cinta suami isteri. HALAL lagi diREDHAi-Nya..




Semua yang dulunya HARAM telah HALAL setelah NIKAH. Malah semuanya ada nilaiannya. Nilaiannya adalah IBADAH. ya IBADAH! Berpahala!




Nah apa tunggu lagi!? meNIKAHlah! Pasti kau merasa NIKMAT setelah JAGA diri sebagai PAGAR diri dimasa BUJANGmu.. ^^




Alhamdulillah.. alhamdulillah ya Allah..


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?!

Monday 16 May 2011

tanda2 kecil kiamat

Wahai kawan2 ku tersayang... Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan
lebih kaya dari semalam .....amin amin amin. Sebelum tido cuba fikir2kan
berapa banyak tanda2 dibawah telah menghampiri kita.... Na'uzubbillah.
Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan hadis:


1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang
hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila
telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat
Nasai.


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan &
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -
Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'
(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya
di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".


10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari
kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat
Thabrani


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir
zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2
kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &
disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" -
Sahih Muslim




TOLONG FORWARDKAN KEPADA RAKAN2 LAIN! Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."