Sunday, 29 May 2011

punca hati tak bahagia

Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati. 


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 




1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..) 


2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..) 


3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..) 


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) 


** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. 


5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut,walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah,dlm semak ada duri,ayam kuning buat sarang,org tamak selalu rugi,cam anjing ngan bayang-banayng 


** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 


6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..) 


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.(yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut 


8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada(harta,ilmu amal dll) 


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah 


** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 




Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian 


Nota: ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Tuesday, 17 May 2011

saya suka tengok...

saya suka tengok jari awek saya...cantik betul..
sungguh! sampai takut nak pegang...bukan takut
patah... tapi takut nanti jari kitorang tak boleh
tolong each other di satu hari yang giler forever
depan yang maha Esa...

saya suka tengok rambut awek saya...cantik
betol... sungguh! sebab tu saya belikan tudung...
bukan sebab jeles orang lain tgk jugak.... tapi
sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia
sampai bila2... takut nanti terbakar dek api
neraka di suatu hari yang giler forever

saya suka tgk body awek saya...cantik betol...
sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong
supaya mase die dating dengan Kekasih die
Yang Utama dia lagi cantik dan berseri
menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala.
pheh syoknye...

saya sedih tengok awek saya tak tido tak makan
rindu kat saya... saya pun macam tu jugak,ada
problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?
saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
semoga lebih cintakanNya dari saya...

saya sedih tengok awek saya selalu pesan
macam2 kat saya.. "makan, minum, drive elok2
tau.. nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla
bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2 burn
asar maghrib gitu aje die tak kata satu aper pun..
berdosanye saya....

Kiamat

Kiamat Suatu Yang Pasti
Kiamat Satu Pengakhiran


Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya zaman ini terbahagi kepada 4 fasa semasa zaman umat Nabi Muhamad sebelum berlakunya kiamat...


1. Mengikut Rasulullah, fasa 1 bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup..Zaman ini telah berlalu


2. Kemudian datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian, pada zaman ini kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh orang Khulafa Ar Rashidin..Zaman ini juga telah berlalu


3. Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang "menggigit" .."menggigit" dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan pada keturunan mereka sahaja..Pada fasa ini kita dapat lihat kerajaan Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniah berkuasa dengan menggunakan sistem monarki..Ini juga telah berlalu


4. Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela...


5. Kemudian, setelah berlakunya fasa ke 4 akan datang pula fasa ke 5..Iaitu dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam..


Selepas berakhirnya fasa ke 5 maka berlakulah Kiamat yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umatnya...


Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa 4 yakni sekarang ini akan kedatangan satu FITNAH, fitnah yang paling besar dalam ketamadunan manusia iaitu fitnah Al-Masih Ad-Dajjal..


Dajjal tidak akan datang pada fasa ke 5 kerana pada ketika itu kekuasaan telah berada pada tangan2 orang yang beriman, Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana pada ketika itu tamadun manusia telah tamat..


Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis laknatullah mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa ke 4 itu adalah zaman SEKARANG!!!


Sebelum turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa ke 5, seterusnya mengalahkan iblis di peringkat terakhir zaman manusia..




Tanda-tanda Kiamat (kecil)


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).


2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.


3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.


4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.


5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.


6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.


7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.


8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.


9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.


10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.


11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).


12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.


13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.


14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.


15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,


16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.


17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.


18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.


19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.


20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.


21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).


22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah. 


23. Keluarnya dajjal


Dan tanda tanda besarnya pula ialah...


* Asap,
* Dajjal,
* Binatang,
* terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
* turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
* Yakjuj dan Makjuj,
* tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
* sekali di barat dan
* yang ketiga di Semenanjung Arab
* yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.


Sabda Rasulullah,


"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarm

Tangisan Seorang Rasul

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. & kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan..


.maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda: - 


1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.


2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan sgla yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya. 


3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. 


4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. 


5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya. 


6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka. 


7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri. 


8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra. 


9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & keldai yg mendapat berjuta jenis siksaan. 


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -


1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki. 


2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata 


3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya. 


4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya. 


5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas. 
6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.


7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya. 


8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib. 


9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.


10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya. 


Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka: - 


1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya. 


2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang. 


Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.


Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah. 


Nauzubillahi min zalik. 
Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN. 


Menangislah wahai wanita ,spt remuk nya hati seorang Nabiullahh…yg bimbangkn umatnya…rendahkn hati mu dimlm hari ,di hadapan Allah berkasih sayang la sesama manusia dlm mendukung syariat Nya…

Indahnya Couple setelah Bernikah...

Bismillah..




Fitrah insani mahukan teman hidup..




Demikian juga gadis itu, yang meniti hari-harinya dengan doa pengharapan kepada-Nya agar dipertemukan dengan belahan jiwanya. Namun bukanlah dengan tindakan berCOUPLE seperti pemuda pemudi akhir zaman ini lakukan!. Cukuplah dengan dialog kepada Tuhan yang Maha Pendengar, agar dikurniakan suami buatnya sebagai pendamping hidupnya.. Seorang suami yang penyayang, mencintai dan menyayanginya kerana Allah.




Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Tahu. Dia telah mengurniakan belahan jiwa sesuai dengan masa dalam maklum-Nya yang kita hamba-Nya tidak tahu. Sungguh pengetahuan kita sangat-sangat terbatas. Allahu akbar.




Tangan yang sering dijaga daripada 'berpegangan tangan' semasa bujangnya, kini dipegang erat oleh insan bernama suami, HALAL lagi BARAKAH! Alhamdulillah. Terasa nikmatnya. Masya'Allah.. ^^




Bicara yang sering tegas semasa bujangnya terhadap insan bernama 'LELAKI', kini sering menuturkan bait-bait indah CINTA kepada lelaki yang bernama suami, hanya dia yang HALAL bagi dirinya. Subhanallah indah dan nikmatnya, Alhamdulillah.. Terasa cinta milik diri, syukran ya Allah.. ^^




Bibir dan hidung yang dulunya dijaga hingga sengaja diSUNYIkan dengan cumbu-cumbuan demi hanya untuk yang HALAL baginya. Kini alhamdulillah bibir dan hidung itu tidak lagi sunyi kerana Allah telah anugerahkan tempat untuk ditumpahkan kasih, cumbu-cumbuan sebagai wadah hangat penguat cinta suami isteri, indah! alhamdulillah.. ^^




Fitrah insani yang mahu dibelai dan disantuni dengan lembut, membuak-buak kemahuan itu. Namun diTAHAN kerana TAAT kpd syariat-Nya. JAGA diri! belum masanya! nah kini sudah masanya, Allah telah kurniakan pasangan setelah NIKAH sebagai DASAR IKATAN.. Maka belaian sering didapatkan sebagai tanda kasih dan cinta suami isteri. HALAL lagi diREDHAi-Nya..




Semua yang dulunya HARAM telah HALAL setelah NIKAH. Malah semuanya ada nilaiannya. Nilaiannya adalah IBADAH. ya IBADAH! Berpahala!




Nah apa tunggu lagi!? meNIKAHlah! Pasti kau merasa NIKMAT setelah JAGA diri sebagai PAGAR diri dimasa BUJANGmu.. ^^




Alhamdulillah.. alhamdulillah ya Allah..


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?!

Monday, 16 May 2011

tanda2 kecil kiamat

Wahai kawan2 ku tersayang... Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan
lebih kaya dari semalam .....amin amin amin. Sebelum tido cuba fikir2kan
berapa banyak tanda2 dibawah telah menghampiri kita.... Na'uzubbillah.
Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan hadis:


1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang
hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila
telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat
Nasai.


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan &
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat
sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,
maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" -
Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'
(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya
di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".


10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari
kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat
Thabrani


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir
zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2
kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &
disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" -
Sahih Muslim




TOLONG FORWARDKAN KEPADA RAKAN2 LAIN! Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."





7 kalimat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.


2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.


3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

10 wasiat imam hassan al banna....

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.


2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.


3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.


4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.


5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.


6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.


7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.


8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.


9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.


10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

4 golongan yang akan ditarik wanita di akhirat kelak

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang- abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempua! ! nnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,
suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Saturday, 14 May 2011

Wasiat Rasullullah (s.a.w) Kepada Saidana Ali (r.a)

Wahai Ali,
Bagi orang mukmin itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali,
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Jujur dalam kata-kata
2. Menjauhi segala yang haram
3. Merendahkan diri

Wahai Ali,
Bagi orang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Takut berlaku dusta dan keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali,
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:
1. Mengawasi dirinya
2. Menghisab dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T.

* Perangi nafsu dengan empat pedang riadhah (latihan jiwa), iaitu:
Makan sekadar untuk menguatkan badan,
Bicara seperlunya,
Mengurangi tidur dan
Menahan cercaan orang lain.

Wednesday, 11 May 2011

10 PERKARA YANG SIA-SIA

Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-


1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.


2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.


3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.


4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.


5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama’ah.


6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.


7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.


8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.


9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.


10.Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


Sekian, wallahu a’lam




والسلام عليكم ورحمة الله






ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الأَمْرِ فَاتَّـبِـعْهَا وَلاَ تَـتَّـبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ
“kemudian Kami datangkan kepada kamu syariat (peraturan) dalam urusan (agama) itu, 
maka ikutilah  syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. الجاثية : 18 

Wednesday, 4 May 2011

sambungan gambaran hari qiamat

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.